I miss us, the girls, everyone.
Aku rinduuuuuu..besnya hampa semua ada familiar faces kat sana. Belle ada sekin dengan farah. Jah ada nana dengan qilah (weird combination). Mimi ada ida dengan gummy (tetiba).
Yang penting, hampa ada familiar faces! Aku jugak kat sini sorang-sorang. Aku rindu semua orang dok berkumpul kat bilik aku, dengan aktiviti utama : makan! Aku rindu kita sembang-sembang sampai tak ingat dunia. Aku rindu kita keluaq ipoh, tengok wayang, pi mandi pantai, pi makan shabu-shabu, dan segala-galanya! Teringat kita pi main badminton tiap-tiap hari jumaat. Time orang sembahyang jumaat, time tu la kita main badminton macam orang gila sebab tak dak lelaki, kan?? Boleh pi sampai 3 jam jugak la kita main. Gila betoi. Lepas tu sabtu, pi swimming pagi-pagi. Lepas bakaq lemak segala, terus straight pi mamak, makan nasik beriyani. Weyy apa nama mamak tu?? Aku lupaaa!! Aku ingat ameeth dengan salam ja wey. Sobs. Apa mamak yang farah suka sangat sebab tu tempat lepak AY tu?? Vanggey! Hahaha..ok aku lupa nama mamak yang sebelah kfc tu, yang bagi pinjam payung tu. Haih.
Bulan posa ni, lagi la rindu. Teringat kita tak jemu-jemu pi bazar. Tapi last year kita jalan pi Pak Ali kan? Bungkus lauk. Lepas tu bukak posa ramai-ramai dalam bilik, bilik pulak ikut turn. Aahhhh rindu! Lepas tu kita pi masjid semayang terawih sama-sama, lepas tu ada orang tu pijak kain telekung aku sampai nak jatuh tersungkoq. Sobs. Rindu jalan-jalan pi kelas. I miss waking up for class.
I need to see you guys! Banyak benda nak burst! Life at work started out well. Everything is great. Friends, workload. Until something (which I can't identify what) happened and I'm left to be the only girl. The girls here walk in packs, led by a queen bee while the others follow her trail behind. How "Mean Girls". If you can't fit in, then you'll only exchange uncomfortable silences and awkward smiles. So now, I'll fake a smile every now and then to ensure that we're still communicating. I miss us. I miss us so very much. Like, rindu gila laaa!!
And I miss cikoq. (Perlu ka letak gambaq cikoq kat sini?). And watiq. Mostly la. And everyone else. Aku malas nak post kat bimbo-cerdas tapi macam problem ja blog tu. Aku bukak kat phone boleh, tapi kat laptop tak boleh. Oh saya rindu kalian. Sorry korang sebab selalu out of reach.
Tak nak cakap panjang-panjang. It's not like you guys are reading this old stuff anyway. Just need to let this mushy mushy stuff out of my system. Sobs!
Tiba-tiba ada gambaq cikoq yang gagah perkasa. Hehe